Friday, 16 August 2019

JANGAN BUAT TAK ENDAH DENGAN TANDA ALAHAN ANAK


Maghrib semalam pergi hospital(emergency) sebabkan badan still panas lepas mandi petang. Mmg suhu ngam demam 38.5°, jadinya kena masuk ubat bontot. Selesai, hati dah mula lega sebab yakin dengan ubat ni.

Sampai je rumah alhamdulillah. Still lagi cergas & makan pun berselera. Kebetulan Cikmina pun ada dtg, main je happy2 macam biasa.

TAPI..tengah2 seronok main,  bibir & mata makin lama makin bengkak. Ah sudahhh ! Kenapa pulak anak aku ni kan. Demam da start kebah ni. Takkan ada sakit lain😖

Lepas je cikmina balik, taklama lepastu husb pun balik. Kebetulan husb mmg ada wassap dgn sorg doktor ni sbb nak tanya boleh ke tak makan ubat allergic yg sedia ada ni. Tapi die suruh pergi balik hospital sbb takut ALLERGIC SHOCK.

Jadinya tengah malam semalam pergi semula ke hospital. Doktor kata mmg die allergic dgn ubat bontot tu. So injek ubat kot tangan. 5 org juga staff nurse yg tlg handle(lelaki + perempuan). Kena tunggu 30-45minit supaya bengkak tu surut. Baru boleh balik. Kalau tak surut juga kena admit ward(oh mannnn🤒)

Sambil dok tunggu tu, pusing la dlm hospital, padahal lepak kat area pharmacy aje & main tekan2 mesin air Farmfresh😂

Akhirnya setelah penantian 45 minit..doktor check semula & bagi balik sbb bengak dah surut. Syukur syukur ! So dpt ubat minum allergic aje.

1st time anak bujang ni demam, so mmg tak tau die allergic dgn ubat tu. Ubat bontot ada 2 jenis : demam sahaja & demam + tahan sakit. Yg die allergic ni demam + tahan sakit.

Selamat husb ajak ke hosp semula. Doktor pun kata, kalau dibiarkan risau die akan terus membengkak & boleh menyebabkan sesak nafas.

Bayangkan dalam masa beberapa jam perubahan mendadak macam ni ⬇️

7.30pm Before ke hospital 

8.15pm masa nak bayar bil

9.50pm dah start bengkak

10.08pm dah jadi macam ni

10.10pm sempat lagi nak buat duck face 

10.30pm time cikmina nak balik. Macam kena sengat tebuan ayahnya kata

Alhamdulillah. Keesokannya lepas da hilang bengkak2 tu. Dah semboi balik ! 

So mommy daddy kat luar sana. Jangan buat2 tak tahu bila alahan anak semakin teruk okay ! Sentiasa pantau keadaan anak.

Amirah Laili
Ibu yg anaknya alahan ubat bontot(demam+tahan sakit)
Jemput join Telegram Channel ateh ni tau

No comments:

Post a Comment