15 Ogos | Hari Khamis
Terjaga awal harini sbb malam semalam Haziq tidur awal. Jaga kul 7.30am time ayah nak pergi kerja
Settle je ayah pergi kerja, Haziq sambung main sampai kul 8.30am mcm tu. Before nak boleh ke tidur semula tu..merengek2 sikit. Minggu ni before tidur je mesti merengek. Ateh syak die tak selesa gusi sbb nak tumbuh gigi aje ni.
Kul 10 lebih ateh yg terjaga semula, so siap2 kan makanan die. Masak bubur aje. Sonang ! Sementara dok tunggu tu..tertidur semula sbb Haziq pun dok nyenyak tidur lagi kan.
11 lebih hah baru ktorg bangun. Lama dah tak bgn lewat mcm ni. Kalau tidur balik tu mmg jadi gini laa.
Sebabkan da lewat + bubur pun da siap masak. Jadinya kite suapkan die makan dulu before mandi. Time ni nasi putih pun da otw masak.
Tgh2 dok suap tu..ayah pun balik..awal harini. Mcm biasa..mmg ayah akan bawak balik lauk tapaw + tidur siang. Hehe. Alhamdulillah! Dapur skrg berasap just masakkan bubur Haziq aje..lain2 mmg ateh xmasak😂
Siap je mandi, main la kan apelagi. Main smp nak tidur semula. Haha. Ayah pergi kerja semula pun Haziq tak tidur lagi. Dapat lah babai babai. Kul 2.45pm baru Haziq boleh nak ke tidur semula. Itupun ttp merengek sesikit. Tp mmg dah sapu Sleep Time balm. Spray sleep pillow mist kat tmpt tidur.
Lama jugak lah die dapat lena. Time die lena..ateh pulak ber ME TIME. Haha. Layan K-drama je dlm Astro on the go & makan nasi dgn khusyuk. Lauk pulak sedap ayahnya beli, ikan masak lomak,sambal petai & sayur kacang..yummehhh ~~
4.30pm gitu Haziq pun bangun. Sambung pulak rutin bermain time pepetang. Harini 1st time try makan epal merah. Selera hah makan epal, sedap gamaknya kan. Time ni juga die poopoo. Selesaiiii~~
6 lebih mcm tu ayah pun balik, walaupun harini habis awal..tp sbbkan banyak kerja..lewat lah sikit ayahnya balik. Sebabkan ayah nak ajak keluar makan..hehe. So siapkan Haziq dulu then baru ibu siap.
Kul 8 lebih macam tu, bersiap la nak keluar. Nampak je ateh ni da pakai tudung..terus merengek2 tak sabar nak suruh dukung & ajak keluar si Haziq ni. Haha. Padahal kene tunggu ayah settle jugak.
Bawak jugak bekal bubur sbb yg petang punya makan sikit. Maybe sbb da kenyang makan epal kan. Tidur pun lama.
Murah rezeki ayah Haziq sbb selalu belanja ibu ni makan. Haha. Makan kat Wadihana Islamic Steak House tu lagi. Da jadi port fav ayah..die suka makan Sizzling Chicken Chop. Kite ni je selalu berubah2 menu.
Haziq tamau pandang camera atok ni pulak hah
Tengok lah pipi ateh tu. Haha. Penuh dgn roti lerr
Gambar ni semua dari FB page WISH
Order la yg roti besar dlm die ada soup tu dgn fried chicken chop. Haziq pun ayah yg suap makan..alhamdulillah licin habis makan sambil tgk org. Kalau kat rumah..makan siap kena buat mcm2 gaya/bunyi..haha !
Otw balik tu, sbbkan ayah nak g Maybank. Dpt singgah g jumpa Makdik kejap. Saje je. Pastu ayah pusing jauh sikit nak balik rumah. Memula Haziq ni aktif la dlm kete..tp jam dah nak pukul 10pm..mata da mula layu kuyu.
Jadinya smp je rumah. Siap2 apa yg patut..tutup lampu semua & usaha la utk tidurkan die. Sejam juga la baru boleh tidur. Haha.
TAPI..jengjengjeng..kul 12 lebih mcm tu..die tetiba nangis. Sua susu tp taknak..tgk muka die mcm pelik. So buka la lampu..sekali hah kau..tebal bibir sebelah. Adududu. Dah kenapa kan..kesian anakku. Mesti tak selesa bibir tebal tetiber😭😭😭
Cecepat sapu Calm Time balm. Mudah2an cepat la surut time die tidur ni. Tatau la apa punca..ayah kata maybe sbb ibu ni makan chicken chop tu..kot kalah dgn tepung ayan tu ke kan.
Alahai..kuat betul alergi anak ibu ni sebenarnya. Pulak tu susu badan. Sobsob. Ibu hanya mampu sapu balm hijau tu lagi dan lagi aje lah.
Ya Allah..semoga cepat2 kau hilangkan bengkak bibir Muhammad Haziq Bin Rahmat Haikal ni!! Biar esok tak bengkak dah..aminn~~
Sekian cerita harini
Insha allah kalau rajin esok boleh update lagi
Haziq 14m 21d
❤❤❤❤❤❤






No comments:
Post a Comment