Lahirnya seorang puteri yang diberi nama Amirah Binti Laili.
heee..kite tak pandai nak bermadah sangat, okay. kite terus cerita je okay !
Tahun 2016, dikira matang la kan..sebelum ni kalau tak sambut birthday, rasa sunyi aje, perasaan macam-macam...xde orang nak sambut ke? xde orang sayang aku ke?
ahhahha..nampak tak masa dulu mmg tak matang..cannot move on gitu.
Alhamdulillah semenjak join Le Sanda Aweet Foundation, kite berubah. Jadi lebih positif, tak touching2 dah, kurang marah, mmg jarang sangat negatif.
Tahun lepas adik ipar lahirkan baby boy yang sangat comel, die lahir 30hb Disember ..time tuu...huhu..tamau la cite, sbb kita dah lupakan.ahaha
so tahun ni adik ipar buat birthday party dekat taska adik ipar lagi sorang. alang alang kami berjalan dari JB ke Shah Alam. suami buat kejutan ..tidur kat Melaka, celebrate kat sana.
bermula cerita kami, syukur sebab semenjak kahwin ni, suami mmg rajin bawak berjalan. jalan jalan cari makan gitu. kami suka makan, haha..so azam nak kurus tu dah pudar, skrg cuma nak sihat walafiat sahaja.
JB - MELAKA
sesampai je ktorg kat Melaka, terus pergi Umbai , ngam2 IKAN BAKAR PARAMESWARA tu dah buka, dah jadi tempat favourite ktorg..menu pula : ikan jenahak nakar. udang butter, sayur campur & nasi lemak bungkus.
Sempat lagi pekena aiskrim potong. kembali ke zaman dedulu
then selesai je makan..singgah beli kuih keria, tp xcari yg faymes tu, cari kat kampung gitu, tak igt nama tempat, tapi serius murah & sedap. 4 pcs RM1 je tau.
teruskan perjalanan cari hotel pula, ambil hotel bebiasa je sbb kami mmg jenis x kesah. asalkan dapat tidur..heheh. so dapat hotel kat Melaka Raya. dulu pun tidur sini juga.
so kami rehat ptg tu, sampai ke malam..mmg penat..sbb siang tu suami kerja.
bermula agenda surprise, malam ktorg keluar lewat sikit,,dalam kul 10pm macam tu.
TADAAA, suami belanja makan dekat HARD ROCK CAFE. 1st time kite makan sini, xlah jakun sangat tp excited. tak sangka sudi belanja makan tempat gini.
siap dengan live band lagi. mmg havoc la sini. makanan mmg superb, sedap & tak berapa mahal sangat. sebab portion nya besar :)
kebetulan juga time live band tu, mmg ada nyanyi Happy Birthday so fefeeling la die nyanyi utk kite..hahah..rupanya ramai birthday girl & boy.
so makan pula, kite cuma order Burger Tower , air Berry mix apa entah tak igt dah.haha. dengan coke.
so ktorg mmg lepak lama kat situ, sampai kul 11.40pm, then pusing Melaka ..pergi Klebang..meriah juga dekat Dataran 1 Malaysia tu. Sebab buat persiapan untuk sabut tahun baru.
Tengok hotel yg guna bus tu, BUSTEL namanya, not bad juga. kalau siapa yang suka lain dari yang lain, boleh tidur sana. done utk malam ni.
MELAKA - KUALA LUMPUR - SHAH ALAM
Time pagi keluar lewat sikit, dalam kul 10am++ macam tu, terus keluar cari makan tengah hari. jumpa 1 kedai ni. WARONG PAK ENAL namanya. macam2 lauk ada, nasi ayam,nasi putih & nasi lemak pun ada. harga pun tak mahal sangat.
so ktorg teruskan perjalanan , sampai KLCC pun surprise, sebab kasi kite pilih hadiah. Jalan -jalan kat sana , agak2 dah pukul 3.30pm macam tu, terus gerak pergi Setia Alam, hantar stock kawan kite.
singgah kejap aje sbb nak ke Shah Alam. tapau makanan fav dekat PAK LI seksyen 7 , kite call aje jimat masa, so makan kat hotel. hotel pun senang, dekat seksyen 20, dekat dgn exit. masa untuk rehat.
malam just keluar pergi Jusco beli hadiah anak buah & lepak makan dekat pak li lagi sekali. senang situ, sbb semua makanan ada.
SHAH ALAM - BANDAR SAUJANA PUTRA
pagi ni bangun awal juga, sbb nak jalan2 dekat Midvalley, saja cuci mata, banyak betul sales..seronok wey jalan..hahahah. tapi ateh skrg dah tak berapa nak shopaholic, shopping dekat Bath & body works, sbb ada less 50%-70%.
kul 1.30pm terus gerak ke BSP, taska adik ipar kat sana. so berparty la kite, makan2 semua. best sbb ramai budak, hehe
kul 4pm gerak balik semula ke JB. last tu hadiah birthday ateh, surprise dari adik adik. tetau je akak nya kuat makan roti.haha.
kul 4pm gerak balik semula ke JB. last tu hadiah birthday ateh, surprise dari adik adik. tetau je akak nya kuat makan roti.haha.
okay itu sahaja trip kalini, macam tak best tapi pada ateh best ! sbb sambut birthday kite kan,hahaha















