Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi. Akhirnya penantian kami selama 3 tahun 5 bulan, kami bakal menjadi ibu dan ayah untuk zuriat pertama hasil perkahwinan kami. Gembira tak terkata masa mula mula tengok result UPT double line. Macam ye ke tak ni. Haha. Sebab dah banyak kali cuba. Selalu 1 line,so kalini 2 line..macam terkeduuuuu. Punyalah nak kan kesahihan,test sampai 3 UPT. Last sekali baru guna yang Clear Blue.
Allahu akbar. Termakbul jua doa kami,doa kedua ibu bapa kami, doa keluarga ,doa kawan kawan & doa dari orang sekeliling.
Apa yang saya buat & belajar selama penantian ini?
1. Perlu ubah diri ; ubah sikap menjadi lebih matang.
Jangan terlalu fikirkan sangat, stress nanti. Sentiasa sibukkan diri dengan apa sahaja aktiviti.
Kalau suka mengemas,mengemas lah. Macam saya, saya suka bisnes online. Saya penuhkan masa dengan bisnes sahaja. Kalau ada yang selit selit tanya bila nak ada anak. Senyum & jawab insha allah..doakan yang terbaik untuk kami, honeymoon puas puas dulu.
Hehe. Selalu macam tu je saya jawab, sikit pun tak rasa marah dengan soalan soalan macam tu.
Percayalah : Allah SWT tetap akan memberi apabila kita benar benar bersedia.
2. Jangan putus asa dengan pasangan.
Kami tak cerita A-Z apa yang kami dah usaha kan. Hehe. Lain orang lain caranya. Ramai je yang suggest kan kami itu ini. Yang mana boleh diterima dek akal, kami follow. So kat sini saya pun tak berani nak suggest kan apa apa. Wallahualam.
P/s: terima kasih semua yang prihatin.
3. Ubah gaya kehidupan.
Hidup dengan cara yang lebih sihat. Agak lama juga saya ni tak bersukan. Sebab tu juga badan makin berat. HAHA . So saya start join kelas Zumba Nov 2016-June 2017(masa bulan puasa).
Alhamdulillah, lepas join kelas zumba..badan tak la turun KG mendadak, tapi rasa badan makin ringan & tak mengah mengah tiap kali jalan. Kaki pun tak sakit
4. Jaga waktu pemakanan.
Saya mmg kurang sikit makan sayur jadi saya ubah dari segi waktu makan. Dulu makan bila rasa lapar je tp lepas kahwin, makan ikut masa. Tgh hari on time, makan malam mmg before 10pm. Huhu.
Tambahan: air masak mmg kena minum tau. Dulu nak minum sebotol sehari pun payah. Sejenis yang mmg tak suka air masak sgt
4 perkara di atas ni paling terkesan pada saya. Ada lagi yang minor ni, mungkin secara kebetulan.
Saya amalkan juga pemakanan sunnah, tp bukanlah hari hari saya makan kurma. Tak~..saya makan kapsul Habbasauda & Habbazuriat(pengambilan secara on off) .And saya sukaaa sangat Bee Coffee(hampir tiap hari minum). Ini semua Produk Listra Nu Derm. Kalau berminat boleh terus roger Puan Farizan +60 17-977 2262.
Saya kenal produk ni masa tengok iklan di FB. Sempat juga saya jadi agen. Rasa seronok bila kite yang tak preggy bantu org lain utk preggy. Heheh. Bila dapat good news diorg, rasa macam kite yg preggy. HAHA. Semua ini ikhtiar, JANGAN terlalu berharap makan suppliment ni..esok nya dengan harapan terus lekat . Kuncinya kena konsisten & yakin.
Okay,cukup setakat ini sahaja.
Love,
Kakteh