Friday, 16 August 2019

1ST TIME ANAK DEMAM PANAS

16 Ogos 2019 | Jumaat

Malam semalam mmg tak boleh nak tidur lena sangat. Sebab dok berjaga jaga tgk bibir si Haziq. Bengkak tiber & dpt rasa badan die macam dedor gitu.

Tampal cool fever kat dahi & blkg badan

Massage oil ni anti berubah jadi wajah baru tau

Kalau nak tau pasal ni. Jemput join channel Telegram ni http://bit.ly/TASNEEMNEWBABYRANGE

Jadinya tampal cool fever + lumur massage oil lepas mandi & makan ubat demam. Alhamdulilah ada perubahan. Main pun aktif macam biasa.

Kebetulan ayah cuti. So ayah yg tolong masakkan bubur Haziq. Dapatlah Haziq makan awal harini. Ateh just masak nasi  putih aje. Sonang..haha. Lauk yg ayahnya beli harini : ikan masak lemak, tempe goreng & sambal petai. Yummehhhh !!

Tidur petang pun lewat sikit dlm kul 2pm baru dpt lena..itupun adalah merengek sikit. Terjaga pula kul 3pm sbb dok dgr ibu ckp tepon. Ada kurier DHL tanya alamat dll.

Jadinya pujuk suruh tidur balik dgn ibu sekali terlelap. Haha. Bangun lah semula kul 4pm lebih gitu.

Terus pujuk makan bubur, sbbkan selera die macam nak taknak gitu kan. Makan sambil tgk view kat luar. Banyaklah juga dpt suap..lega ibu tengok hah. Kalau tak..ciput aje makan.

Tak makan buah sbb da pujuk makan bubur awal kan, so ptg tu main je macam biasa dengan ayah sekali. Seronok okay aje! Kiki pun join main sekali.

Lepastu petang lepas mandikan & susu badan.. TIBERRR dapat rasa tapak tangan & kepala Haziq ni macam overheat. Panas lain macam. Bila nak check suhu die tak bagi. Takut ke benda alah tu(termometer).

Risaukan nnt malam kot makin panas ke apa..jadinya bagitau lah ayahnya biar bawak g klinik. Tuptup ayah kata..ke nak bawa pergi Hospital Columbia?

Fikir depan blkg kiri kanan, setuju dgn ayahnya. At least ada bhgn emergency kan.

BERMULA LAH EPISOD PERTAMA

Okay, ni 1st time Haziq demam panas tau. Berusia 14 bulan 22 hari. So mmg tak pernah kena check up sebabkan demam panas. Pernah dpt ubat syrup demam tu pun tiap kali lepas injek yg wajib atau tambahan tu je.

Before gerak ke hospital

Kul 7pm lebih ktorg smp kat Hospital Columbia, terus ke Emergency. Ramai pulak org kebetulan. Jadinya kenalah tunggu sekejap.

Bila turn check suhu & nadi pun da nangis. Dpt jumpa doktor & check dada pun nangis. Doktor just kata mmg die demam shj. Suhu 38.5° jadinya masuk ubat kot bontot je. Nurse masukkan ubat kot bontot lagilah die nangis.

Masa nak bayar bil

Kul 8.15pm gitu da settle. Time ni mmg rasa lega dah ! Mudah2an anakku ni cepat baik demamnya. So call la cikmina die sbb ada janji nak hantar nasi goreng seafood.

Otw balik Haziq smpt tidur dlm kete, sampai je rumah eh..berjaga pulak die. Mood pun ceria siap ayahnya suap makan pun..berselera hah makan ! Lapar kan~

Kul 9pm lebih cikmina pun sampai, sambung ceria main dgn cikmina..ibu dpt lah makan dengan relax tak terkejar2 kan. Siap je makan, tgk diorg main. TETIBA perasan bibir Haziq ni da start membengkak. Adududud

Mmg terus syak ubat tu, tang mata pun bengkak. Eh..tak sampai sejam dua main..bengkak makin menjadi2 hah. Tp die okay je..happy go lucky !

Muka dah bengkak sgt time ni

10.30pm gitu cikmina balik & ayah pun sampai rumah juga. Dlm kul 11pm pergi balik hosp. Kena lah injek ubat utk surut bengkak. Pi mai pi mai dlm hosp tu dekat 45 minit. Doktor check tgk da surut. Baru lah boleh balik. Kalau tak surut..kena tahan wad tau..oh myyyy

Kul 1am lebih macam tu..sampai je rumah. Makan ubat demam & tidur lah Haziq.

Pasal alahan tu ateh sambung next entry ya

Amirah Laili
Ibu yg baru merasa pengalaman bila anak demam panas sangat

No comments:

Post a Comment